Cari @ Amanz

Sedikit demi sedikit info baru berkaitan Windows 8 mula kedengaran akhir-akhir ini. Terkini, ianya diperkatakan yang mana Windows 8 akan mengintegrasikan aplikasi untuk membaca PDF mereka tersendiri pada sistem operasinya, serta mengaplikasikan penggunaan pakej AppX.

Melalui pembaca PDF yang diintegrasikan, aplikasi tersebut kelak akan membolehkan para pengguna membaca, dan melihat dokumen PDF dalam keadaan sama seperti pada aplikasi lain, termasuk kebolehan zoom dan sebagainya. Aplikasi ini dikenali sebagai Modern Reader buat masa ini.

Selain itu, salah satu perkara baru adalah sokongan AppX. AppX merupakan salah satu model pakej aplikasi pada Windows 8, yang mana diperkatakan lebih kurang serupa seperti aplikasi Windows Phone 7. Ianya mungkin salah satu cara Microsoft untuk menyeragamkan aplikasi pada desktop dan juga peranti mudah-alih.

Mungkin dengan versi beta yang semakin hampir, lebih banyak perkara baru yang akan kita ketahui dari semasa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd