Nampaknya sepanjang tahun ini, kita akan dapat melihat pelbagai peranti menarik tiba di Malaysia. Selain daripada Nexus S, Incredible S, Xperia Arc, HTC Flyer dan banyak lagi, Malaysia juga dijangka akan menerima Samsung Galaxy S2 di Malaysia tidak lama lagi.
Buat masa ini, ianya masih lagi tidak disahkan sepenuhnya, dan masih lagi dalam keadaan ura-ura. Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Singapura akan menerima Samsung Galaxy S2 pada bulan April ini, dan mungkin Malaysia juga akan menerimanya tidak lama lagi selepas Singapura.
Samsung Galaxy S2 merupakan salah satu peranti terkini yang membawakan Android 2.3 Gingerbread, bersama-sama dengan cip pemprosesan dual-core 1GHz dan juga 1GB RAM serta skrin Super AMOLED seluas 4.3-inch. Ianya bakal menjadi antara telefon pintar dengan dual-core pertama di Malaysia nanti. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.