Dengan lebih daripada 4 tahun operasi, kini Nuffnang telah mempunyai lebih kurang 170,000 blog tempatan yang berdaftar dibawah mereka, Angka ini memperlihatkan penambahan lebih daripada 30,000 blog baru dibawah mereka sejak daripada penghujung bulan Disember 2010.
Angka sebanyak 170,000 ini adalah dibawah Nuffnang Malaysia sahaja. Nuffnang sebelum ini telah memperluaskan perkhidmatan pengiklanan mereka dibeberapa buah negara disekitar Asia, dimana yang paling terbaru adalah Nuffnang China.
Angka penuh blog-blog berdaftar dibawah Nuffnang masih lagi tidak diketahui sehingga kini. Namun begitu, penambahan sebanyak lebih daripada 30,000 blog sejak bulan Januari sehingga April menandakan bertambah aktifnya para pengguna tempatan dalam membangunkan blog. Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan yang lebih sihat dalam industri blog sepanjang tahun ini.