Selain daripada Maxis dan DiGi yang memperkenalkan beberapa peranti baru di Malaysia, Celcom turut sama tidak ketinggalan. Selepas mengumumkan akan membawa masuk iPhone 4, kini Celcom mula mempromosikan LG Optimus 2X pada laman rasmi mereka.
Buat masa ini, tiada sebarang informasi lanjut berkaitan dengannya yang dipaparkan oleh Celcom pada laman mereka, dan menjadikan tarikh pelancarannya suatu tanda tanya.
Melalui LG Optimus 2X, ianya membawakan Android 2.2, skrin WVGA seluas 4-inch, cip pemprosesan dual-core Tegra 2, sokongan rakaman video HD melalui kamera 8 -megapixel. Ianya juga diperkatakan yang mana ianya akan menerima kemaskini Android 2.3 tidak lama lagi.
Kredit : SoyaCincau