Cari @ Amanz

Nokia Bakal Mengumumkan Sesuatu Baru Mengenai Symbian Pada 12 April

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, walaupun Nokia telah mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan pihak Microsoft untuk mengintegrasikan Windows Phone, mereka tetap tidak sama sekali melupakan Symbian, dimana terkini mereka akan mengadakan sebuah acara khas memperlihatkan perkara baru pada peranti Symbian.

Acara tersebut yang disasarkan untuk hari Selasa depan iaitu 12 April, dijangka bakal menjadi salah satu acara yang dinantikan oleh ramai pihak. Mungkinkah Nokia akan memperkenalkan versi baru Symbian? Ianya masih menjadi tanda tanya. Sama-sama kita nantikannya pada minggu hadapan.


Komen ()