Setelah pelancaran WordPress 3.1 tempoh hari, kini secara rasminya, pihak pembangun WordPress telah memperkenalkan kemaskini pertama untuknya, yang mana membawakan lebih daripada tiga puluh penyelesaian dan penambah-baikkan untuk WordPress 3.1.
Kemaskini WordPress 3.1.1 yang diperkenalkan oleh pihak pembangun WordPress ini lebih kepada peningkatan sekuriti, selain turut sama meningkatkan prestasi operasinya. Para pengguna WordPress boleh mengemaskininya secara automatik melalui Dashboard mereka, ataupun secara manual dengan memuat-turun WordPress 3.1.1.