Twitter Menghadapi Masalah – Memperkenalkan Antaramuka Lama Kembali

Twitter Menghadapi Masalah – Memperkenalkan Antaramuka Lama Kembali

Diterbitkan pada Apr 6, 2011 oleh .

Twitter nampaknya menghadapi masalah untuk beberapa jam yang lepas ini, dimana para pengguna melaporkan mereka melihat pelbagai tweet-tweet berbeza pada timeline mereka. Perkara ini telah membuatkan pembangun Twitter menutup sementara #NewTwitter dan mengaktifkan antaramuka klasik Twitter buat sementara waktu.

Ianya tidak diketahui mengapakah Twitter menghadapi masalah tersebut, dan tidak diketahui secara pastinya bilakah Twitter akan mengembalikan semula antaramuka baru untuk Twitter yang diperkenalkan sebelum ini. Fungsi baru seperti Trends juga dihentikan buat sementara waktu.

Twitter sebelum ini telah memperkenalkan #NewTwitter pada 15 September yang lepas. Maklumat rasmi daripada pihak Twitter berkaitan masalah ini masih dinantikan buat masa ini.

Kemaskini : (8.12 pagi) Laman Twitter.com kembali menggunakan #newtwitter.


TIPS & ULASAN