Xperia Arc Mula Dijual Pada Harga RM1499 Melalui Maxis

Xperia Arc Mula Dijual Pada Harga RM1499 Melalui Maxis

Diterbitkan pada Apr 6, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini Sony Ericsson Xperia Arc dilancarkan secara rasminya pada harga RM2099. Namun begitu, para pengguna boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah dengan pakej dan pelan khas daripada Maxis.

Xperia Arc
Xperia Arc Didatangkan Dalam Dua Warna Berbeza [via]

Maxis menawarkan Xperia Arc pada harga bermula RM1499 dengan kontrak 24 bulan, RM1599 dengan kontrak 18 bulan ataupun RM1749 dengan kontrak 12 bulan.

Xperia Arc
Sokongan Mikro-HDMI Pada Xperia Arc [via]

Xperia Arc merupakan salah satu peranti Android terkini daripada Sony Ericsson, membawakan Android 2.3, serta membawakan rekabentuk yang menarik. Ianya turut membawakan skrin sentuh dengan teknologi Bravia seluas 4.2-inch dengan resolusi 854×480 pixel, serta kamera 8.1 megapixel dengan sokongan HD. Ianya turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan mikro-HDMI, membolehkan anda menghubungkannya pada TV dengan mudah.


TIPS & ULASAN