Lebih 10% Data Trafik P1 Digunakan Untuk Pemindahan P2P

Lebih 10% Data Trafik P1 Digunakan Untuk Pemindahan P2P

Diterbitkan pada Apr 6, 2011 oleh .

Pada acara khas hari ini, P1 telah berkongsi beberapa informasi berkaitan pelayaran internet oleh para pengguna mereka, dimana secara puratanya, pengguna P1 menggunakan lebih kurang 10Gb data sebulan, meningkat daripada tahun lepas, yang mana purata pada tahun lepas hanya 8Gb.

Secara kasarnya, para pengguna P1 menggunakan lebih kurang hanya 32% daripada trafik mereka untuk melayari web, dan selebihnya digunakan untuk beberapa perkara. Pelayaran fail berbentuk Flash (video YouTube dan sebagainya) menduduki tempat paling kedua terbanyak dengan lebih 26% daripada trafik digunakan untuknya. Pengguna P1 juga turut sama tidak terlepas memuat-turun melalui P2P dan sebagainya, dimana P2P TV merangkumi 15% daripada trafik, serta pemindahan P2P sebanyak 10%.

P1 juga turut memperkatakan yang mana lebih kurang 70% daripada penggunaan berlaku didalam rumah, selain penggunaan diluar rumah sedang menghadapi peningkatan, dimana kini merangkumi lebih kurang 30% penggunaan. Menariknya mengenai perkhidmatan mereka adalah dimana hanya 7% hingga 8% pengguna P1 yang melanggan dongle mudah-alih mereka sahaja menggunakannya diluar rumah, dan kebanyakkan daripada mereka masih menggunakannya didalam rumah.


TIPS & ULASAN