Cari @ Amanz

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, P1 bersama-sama dengan ZTE telah pun memperlihatkan demo secara langsung berkaitan teknologi rangkaian LTE TDD (Long-Term Evolution Time Division Duplex). Ianya hanya diperlihatkan kepada media sahaja buat masa ini, dan dijangka akan mula diuji bermula penghujung tahun ini.

Melalui ujian yang dilakukan menggunakan gelombang 20MHz pada spektrum 2.3Ghz, P1 bersama-sama ZTE memperlihatkan yang mana mereka boleh mencapai kelajuan internet sehingga 130Mbps. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan P1 dijangka akan mula menguji rangkaian LTE-TDD ini bermula penghujung tahun ini.

Pada masa yang sama, P1 mensasarkan untuk memperkenalkan secara komersial naik-taraf perkhidmatan WiMAX mereka kepada LTE-TDD menjelang penghujung tahun depan. Tarikh pasti masih lagi belum diperkatakan buat masa ini, namun kita boleh melihat industri jalur-lebar tempatan terus berkembang dengan sihat sepanjang tahun ini.

Gambar oleh VernonChan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd