Cari @ Amanz

Says.my Menyambut Ulang-Tahun Ke-3

Oleh Aman

Link Copied!

Says.MY, salah satu anak syarikat YouthAsia baru-baru ini telah berpindah kepada pejabat yang baru, dan menariknya kini mereka menyambut ulang-tahun laman mereka yang ke-3. Sebelum ini, Says.my dikenali sebagai YouthSays, dan telah dijenamakan kepada Says.my bermula awal tahun ini.

Sepanjang tiga tahun beroperasi, mereka telah berkembang dengan sihat, dan semestinya Says.my akan terus memperkenalkan pelbagai perkara baru dalam bulan-bulan akan datang. Bagi yang tidak tahu, Says.my merupakan salah satu komuniti rangkaian sosial aktif di Malaysia, dimana penggunanya gemar berkongsi pelbagai perkara daripada laman Says.my, dan menerima ganjaran untuk melakukannya.

GroupsMore juga merupakan salah satu anak syarikat YouthAsia sebelum Groupon membelinya pada bulan Januari yang lepas.


Komen ()