Cari @ Amanz

Nampaknya UberMedia akan terus mempelbagaikan produk-produk mereka, dimana selain daripada pelbagai aplikasi Twitter yang telah sedia diperkenalkan oleh mereka, UberMedia melalui TweetDeck bakal memperkenalkan aplikasi berasaskan web mereka kepada umum tidak lama lagi.

TweetDeck mengatakan yang mana ianya akan dibangunkan menggunakan teras utama digunakan dalam pembangunan aplikasi web Chrome untuk TweetDeck, dimana ianya akan membawakan antaramuka yang serupa, dan pelbagai fungsi yang sama, namun ianya akan mesra untuk pelbagai pelayar web yang lain, termasuk Firefox, Safari, selain Internet Explorer dan Opera akan ditambah kelak.

Buat masa ini, mereka akan memulakan ujian beta tertutup tidak lama lagi, dimana para pengguna yang berminat boleh mendaftarkan diri mereka menggunakan nama pengguna TweetDeck pada halaman rasmi aplikasi web ini, dan sekiranya bertuah, anda akan mendapat akses untuknya, dan mengujinya terlebih dahulu sebelum para pengguna yang lain.

Sebelum ini, TweetDeck telah diambil-alih oleh UberMedia, dimana baru-baru ini UberMedia telah dikenakan tindakan oleh pihak Twitter, dengan digantung akses untuk aplikasi UberTwitter dan Twidroyd, sebelum UberMedia memperkenalkannya semula dengan nama UberSocial.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd