Cari @ Amanz

Nampaknya sepanjang tahun ini, Twitter akan memberikan lebih perhatian kepada fungsi carian pada laman mereka. Sejak daripada tahun lepas, ianya diperkatakan yang mana mereka telah membangunkan semula enjin carian Twitter, dimana kini, ianya berfungsi 3 kali lebih pantas berbanding sebelumnya.

Carian pada Twitter merupakan salah satu fungsi yang digunakan dengan banyak, dan kini dengan pertambahan pengguna setiap hari, mereka ingin memastikan perkhidmatan mereka dapat berfungsi dengan lebih pantas lagi. Bermula minggu lepas, Twitter mengatakan telah mengantikan front-end Ruby-on-Rails mereka kepada salah satu pelayan Java yang mereka panggil sebagai Blender. Melaluinya, perubahan tersebut telah mengurangkan kadar latency carian kepada 3 kali ganda.

Twitter juga dijangka akan memperkenalkan pelbagai perkara baru pada fungsi carian mereka dalam bulan-bulan akan datang. Selain daripada itu, melalui antaramuka halaman utama yang baru juga Twitter seperti menekankan fungsi carian mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd