Cari @ Amanz

Opera Software kini telah pun mengeluarkan versi pembangunan terakhir untuk Opera 11.10 “Barracuda”, iaitu Opera 11.10 RC. Versi pembangunan terakhir ini turut sama membawakan beberapa perkara baru, disamping pada masa yang sama memperlihatkan yang mana versi akhir Opera 11.10 bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Melalui versi pembangunan terkini ini, ianya membawkan sokongan fail API HTML5 serta sokongan IMAP yang ditambah baik, membolehkan anda menguruskan emel anda dengan lebih bagus lagi berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, Barracuda juga turut sama menyelesaikan pelbagai masalah yang telah dikenal pasti, selain meningkatkan prestasi pelayar web mereka.

Pada masa yang sama, Opera 11.10 turut dikatakan amat menjimatkan tenaga bateri berbanding sebelumnya, sekaligus memperkatakan yang mana penggunaan bateri ketika komputer berjalan atas tenaga bateri adalah berbeza dengan apabila kabel tenaga dipasang.

Opera Barracuda RC boleh dimuat-turun untuk platform Windows, Mac dan juga Linux. Tarikh pelancaran akhir Opera 11.10 Barracuda masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd