Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, esok LG Electronics Malaysia akan memperlihatkan dua peranti terkini daripada mereka kepada umum, iaitu LG Optimus Black dan juga LG Optimus 2X. Harga dan bilakah ianya akan dijual masih tidak pasti lagi, namun seperti diperkatakan sebelum ini, LG Optimus 2X mungkin akan dijual bersama-sama pakej daripada Celcom.

LG Electronics Malaysia bakal memperlihatkan dua peranti terkini daripada mereka ini antara 8 April hingga 10 April di Sepang International Circuit, bersempena dengan Formula One World Championship.

LG Optmius 2X adalah salah satu telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemprosesan dual-core, serta dijana oleh Android. Ianya menggunakan cip pemprosesan Tegra2, kamera 8 megapixel, skrin seluas 4-inch bersama-sama dengan sokongan rakaman video 1080p.

LG Optimus Black juga merupakan peranti Android, membawakan teknologi skrin terkini dipanggl NOVA pada skrin seluas 4-inch, kamera 5 megapixel dengan sokongan LED flash, serta merupakan antara peranti yang nipis buat masa ini.

Harga dan tarikh pelancarannya masih tidak diketahui buat masa ini, dan akan dikemaskini apabila mendapat info lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd