Cari @ Amanz

Kini, Samsung telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka, memperkatakan yang mana Samsung Galaxy S2 akan dilancarkan pada bulan April sepertimana yang dirancang sebelum ini, sekaligus menutup pelbagai spekulasi dan laporan yang memperkatakan peranti terkini daripada Samsung itu ditangguhkan.

Selain daripada itu, Samsung juga turut memperkatakan yang mana peranti tersebut akan diperkenalkan secara berperingkat ke seluruh dunia, bergantung kepada jadual pelancaran tempatannya. Sekiranya mengikut jadual awal, ianya dijangka akan Samsung Galaxy S2 bakal dilancarkan di Singapura pada bulan April, sekaligus diura-ura akan tiba di Malaysia sekitar bulan Mei.

Tiada sebarang komen daripada Samsung berkaitan spesifikasi akhir telefon pintar mereka, Samsung Galaxy S2, dan tidak diketahui samaada ianya akan membawakan cip pemprosesan dual-core 1Ghz ataupun 1.2Ghz.

[Notice 1/2] Samsung GALAXY S II will be first released in April, as planned.less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd