Cari @ Amanz

Sepanjang tahun lepas, P1 telah berjaya mencapai tahap liputan sebanyak 45% di Semenanjung Malaysia, dan mereka berharap untuk terus memperluaskan liputan rangkaian mereka di Malaysia sepanjang tahun ini. Untuk tahun ini, mereka mensasarkan untuk mencapai lebih 53% liputan di Malaysia.


Michael Lai, CEO Packet One [Gambar]

Sebelum ini, P1 telah memperlihatkan sebuah demo ringkas memperlihatkan yang mana mereka bakal memperkenalkan rangkaian LTE pada penghujung tahun hadapan dengan muat-turun mencapai sehingga 130Mbps. P1 dijangka akan memulakan ujian dan kemaskini rangkaian mereka bermula penghujung tahun ini.

P1 kini masih lagi dalam sasaran awal, iaitu untuk mencapai tahap liputan sebanyak 65% menjelang penghujung tahun 2012 kelak. Mungkin kita akan dapat melihat liputan rangkaian P1 dibeberapa kawasan baru sepanjang tahun ini dan hadapan, selain terus memperkuatkan dan menstabilkan lagi liputan mereka dikawasan sedia ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd