Ingatkah lagi laporan kami mengatakan yang mana AVG bakal memperkenalkan sebuah perkhidmatan storan atas talian yang terbaru, seperti Dropbox. Kini, AVG telah pun mengumumkan pelancaran perkhidmatan tersebut, membolehkan para pengguna menggunakan AVG LikeKive untuk menyimpan, berkongsi dan sync fail melalui pelbagai perantian dan platform.
LikeKive didatangkan dengan sokongan pelbagai platform, dimana mereka boleh sync akan pelbagai fail melalui pelbagai perantian, selain turut sama berkongsinya dengan rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah. Buat masa ini, AVG menawarkan storan sebanyak 5GB secara percuma, selain dua lagi storan berbayar, iaitu 25GB dan juga storan tanpa had.