Cari @ Amanz

Setelah mengambil-alih FastMail.FM pada tahun lepas, hari ini secara rasminya Opera Software, pembangun pelayar web Opera kini memperkenalkan perkhidmatan emel mereka yang tersendiri, dipanggil sebagai My Opera Mail. Melalui perkhidmatan baru ini, semua pemegang akaun My Opera akan mendapat alamat emel mereka tersendiri yang berakhir dengan @myopera.com.

Para pengguna My Opera, Opera Link ataupun Opera Unite boleh log masuk ke Opera Mail dengan mudah menggunakan kata laluan dan nama pengguna yang sama, serta mengakses alamat emel mereka yang baru itu. Menariknya mengenai perkhidmatan emel daripada Opera ini adalah dimana ianya mesra pelbagai peranti, dimana para pengguna boleh mengakses emel terus dariapda Opera Mini pada telefon bimbit, mengaksesnya melalui telefon pintar, tablet, mahupun desktop seperti biasa.

Buat masa ini, ianya masih lagi diperingkat beta, dan banyak lagi fungsi baru dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa. Anda boleh mengujinya terus dengan melayari laman Opera Mail hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd