Pengguna Opera Mini Kini Melangkaui Angka 100 Juta

Pengguna Opera Mini Kini Melangkaui Angka 100 Juta

Diterbitkan pada Apr 7, 2011 oleh .

Hari ini, pihak Opera Software telah pun mengeluarkan statistik semasa mereka, dimana kini para pengguna Opera Mini sahaja telah pun mencapai lebih daripada 100 juta pengguna. Sebelum ini, Opera pernah mengeluarkan statistik mengatakan gabungan pengguna Opera Mini dan Opera Mobile mencecah 100 juta orang pada bulan Februari yang lepas.

Opera Mini merupakan salah satu pelayar web yang diminati oleh para pengguna telefon bimbit dan telefon pintar, dimana pelayar web tersebut menyokong lebih daripada 3,000 model telefon yang berbeza. Selain daripada lebih 100 juta pengguna, Opera Software turut sama memperkatakan yang mana kini ianya telah dilihat lebih 2 billion kali pada bulan Mac lepas sahaja.

Baru-baru ini juga, pihak Opera telah memperkenalkan versi terkini untuk pelayar web mudah-alih mereka, iaitu Opera Mini 6 dan juga Opera Mobile 11, menjadikan pelayaran web pada peranti mudah-alih lebih menarik daripada sebelumnya.


TIPS & ULASAN