Cari @ Amanz

Microsoft hari ini memperkenalkan aplikasi pertama mereka untuk para pengguna iPad, iaitu aplikasi enjin carian mereka, Bing. Melaluinya, ianya membawakan enjin carian Bing untuk iPad dalam bentuk yang amat interaktif sekali dengan rekabentuk yang menarik berbanding pada web biasa.

Menariknya mengenai aplikasi Bing untuk iPad adalah dimana ianya disertakan dengan sokongan geolokasi, dimana segala perkara yang seterusnya diperlihatkan oleh aplikasi tersebut dioptimasikan mengikut lokasi anda, termasuk memperlihatkan informasi seperti berita, filem dan cuaca.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, aplikasi ini hanya boleh diakses dan digunakan oleh para pengguna Amerika sahaja. Percubaan kami untuk memasang aplikasi ini secara terus daripada AppStore menemui kegagalan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd