Cari @ Amanz

Nampaknya, seperti mana yang diperlihatkan pada tahun lepas, kini sedikit demi sedikit perkara diperlihatkan yang mana memperlihatkan Chrome OS kelak akan turut sama skrin sentuh, atau lebih tepat lagi, peranti berupa tablet. Namun begitu, masih lagi tidak diketahui apakah yang dirancang oleh Google, memandangkan terdapatnya Android Honeycomb yang dioptimasikan untuk tablet.

Halaman Tab Baru
Halaman Tab Baru Pada Versi Pembangunan Chrome [via]

Sebelum ini, Google telah pun memperlihatkan sebuah konsep ringkas, memperlihatkan Chrome OS pada skrin sentuh, membolehkannya digunakan tanpa sebarang papan kekunci. Namun ianya tidak diketahui samaada adakah Chrome OS kelak akan dilancarkan bersama-sama dengan tablet. Buat masa ini, ianya diketahui yang mana Chrome OS akan dilancarkan bersama-sama dengan laptop daripada Acer dan Samsung.

Chrome baru-baru ini memperlihatkan halaman tab serba baru, yang dioptimasikan untuk skrin sentuh. Serta Google hari ini mengeluarkan komen memperkatakan yang mana mereka kini sedang dalam fasa awal menguji faktor tablet pada Chrome OS, dan tidak mempunyai sebarang pengumuman untuk dibuat untuk masa ini.

Mungkinkah kita akan dapat melihat sesuatu yang menarik pada Google I/O kelak? Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd