Telekom Malaysia sekali lagi telah mengeluarkan pengumuman dimana ianya mendapati kabel Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) yang mana menghubungkan Kuantan, Malaysia dengan Lantau, Hong Kong menghadapi sedikit kerosakkan.
Perkara ini berkemungkinan besar akan membuatkan para pengguna internet tempatan menghadapi masalah sedikit ketika melayari laman-laman yang dihoskan pada pelayan yang dilokasi di Asia Utara, US dan juga Eropah.
Walaubagaimanapun, menurut TM, langkah-langkah awal telah diambil, dan mereka akan membuat pengumuman seterusnya sebaik sahaja ianya telah dibaik-pulih.