Cari @ Amanz

Versi Pembangunan Pertama Firefox 6.0 Seawal Pertengahan April

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya Mozilla kini benar-benar dalam usaha mempercepatkan pembangunan pelayar web Firefox mereka. Seperti sedia maklum, Firefox 4.2pre-alpha diperkatakan sebagai versi pembangunan pertama untuk Firefox 5, dan menariknya kini menurut Mozilla, para pengguna akan dapat mengakses versi pembangunan Firefox 6 seawal pertengahan April ini.

Melalui jadual terbaru yang diperlihatkan, para pengguna mungkin akan dapat menggunakan Firefox 5 seawal bulan Jun atau Julai, dan versi-versi seterusnya akan diperkenalkan dengan lebih pantas lagi selepas itu. Versi pembangunan pertama Firefox 6.0 dijangka akan diperkenalkan seawal 12 April, sementara versi pembangunan pertama Firefox 7.0 dijangka akan diperkenalkan seawal 17 April.

Selain daripada itu, Mozilla juga turut menambah saluran Mozilla-Aurora, selain daripada Saluran Mozilla-Central, Beta dan juga Release. Ianya merupakan sebahagian daripada cara Mozilla untuk mempercepatkan lagi pembangunan, dan mengikuti jadual 6 minggu yang diperkatakan sebelum ini.

Buat masa ini, Mozilla baru sahaja melepaskan Firefox 4.0 yang mana sehingga kini telah dimuat-turun lebih daripada 68 juta kali. Selain daripada pelayar web desktop, Mozilla juga turut sama memperkenalkan Firefox Mobile 4.0 untuk para pengguna Android dan Maemo.


Komen ()