Google Mula Mendaftar Domain Berkaitan Muzik

Google Mula Mendaftar Domain Berkaitan Muzik

Diterbitkan pada Apr 8, 2011 oleh .

Mungkin Google akan memperkenalkan perkhidmatan Google Music mereka tidak lama. Setelah aplikasi Android Music 3.0 mula tersebar di internet awal minggu ini, kini TechCrunch melaporkan yang mana Google juga turut sama telah mula mendaftar nama-nama domain yang berkait dengan muzik dan juga perkomputeran awan.

Antara beberapa nama yang dikatakan telah didaftarkan termasuk GoogleBass.com, GoogleAlto.com, GoogleSoprano.com, GoogleTenor.com, GoogleNebula.com, GoogleThunder.com, GoogleLightning.com. Buat masa ini, semuanya tidak mempunyai sebarang laman web, dan hanya didaftarkan sahaja atas nama Google.

Walaupun ianya tidak memberikan sebarang maksud, berkemungkinan besar, ianya memperlihatkan yang mana Google sudah pun menghampiri pelancaran perkhidmatan mereka untuk bersaing dengan Amazon Cloud Player yang dilancarkan baru-baru


TIPS & ULASAN