Cari @ Amanz

Walaupun Telekom Malaysia dan juga Maxis menyertai industri IPTV akhir-akhir ini, P1 masih tiada sebarang perancangan untuknya buat masa ini, sebaliknya ingin lebih menumpukan perhatian mereka dalam membangunkan rangkaian jalur-lebar mereka, untuk menyokong lebih banyak kandungan yang diperkaya melalui rangkaian mereka.

Michael Lai, CEO Packet One memperkatakan yang mana P1 tiada sebarang perancangan untuk menyertai industri IPTV, sebaliknya bercadang untuk terus memperkuatkan rangkaian mereka. Buat masa ini, P1 mensasarkan untuk memperkenalkan rangkaian LTE TDD yang membawakan kelajuan muat-turun melebihi 130Mbps menjelang penghujung tahun hadapan. Pada masa yang sama, P1 turut mensasarkan untuk meliputi lebih 65% kawasan menjelang penghujung 2012 kelak.

Penggunaan Trafik P1
Data Penggunaan Trafik P1 Oleh Para Penggunanya

Sebelum ini, pada tahun lepas Telekom Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan IPTV mereka, HyppTV bersama-sama dengan pelancaran UniFi, selain baru-baru ini Maxis memperkenalkan Maxis Home yang turut sama didatangkan bersama-sama dengan perkhidmatan IPTV.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd