Cari @ Amanz

Antaramuka Pertama Laman Undies.my Diperlihatkan

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya berkemungkinan besar projek terbaru daripada Terato Tech, iaitu Undies.my akan dilancarkan dalam versi beta dalam beberapa minggu lagi. Buat masa ini pembangunannya sedang lagi dijalankan, namun kini antaramuka lamannya telah pun diperlihatkan oleh pembangunnya melalui suatu tweet ringkas.


Antaramuka Laman Undies.my Yang Masih Sedang Diuji

Bagi yang tidak tahu, Undies merupakan salah satu aplikasi berasaskan lokasi, yang mana akan diperkenalkan untuk iPhone terlebih dahulu tidak lama lagi. Melaluinya ianya membolehkan anda tag dan berkongsi pakaian dalam anda bersama rakan-rakan anda yang lain dengan mudah.

Para pengguna juga kelak boleh melihat pelbagai pakaian dalam yang dikongsi oleh pengguna lain, selain Terato Tech juga dalam perancangan untuk memperkenalkan fungsi sembang pada laman tersebut. Buat masa ini, tarikh pasti pelancaran beta terbukanya masih lagi tidak diketahui.

What are you wearing today? I’m wearing Orange High Rise undies. http://bit.ly/i9sIOg
#UndiesAppless than a minute ago via UndiesApp Favorite Retweet Reply


Komen ()