Cari @ Amanz

Walaupun banyak penyedia telekomunikasi tempatan telah memulakan pembangunan rangkaian LTE, menurut salah seorang penganalisa, rangkaian LTE hanya akan mula digunakan secara meluas menjelang penghujung tahun 2013 ataupun pada tahun 2014 kelak sahaja. Menurutnya, buat masa ini, WiMAX dan HSPA masih lagi diperlukan.

Di Malaysia sahaja ramai penyedia telekomunikasi telah mengumumkan ujian LTE pada rangkaian mereka. Sebelum ini Maxis telah memulakannya, diikuti oleh Celcom, serta UMobile dan juga terbaru P1 mengumumkan akan memulakan ujian rangkaian LTE TDD menjelang penghujung tahun ini. Buat masa ini, semua penyedia masih tidak memberikan sebarang tarikh rasmi berkaitan bilakah perkhidmatan tersebut boleh digunakan sepenuhnya.

Dengan rangkaian LTE, penyedia telekomunikasi menjanjikan kelajuan muat-turun data melebihi 100Mbps, sekaligus memperlihatkan berkali-kali ganda kepantasan berbanding apa yang ditawarkan sekarang. Buat masa ini, peranti yang menyokong LTE amatlah sedikit, namun dengan teknologi yang bergerak pantas, ianya mungkin akan diperkenalkan dengan lebih meluas tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd