YouTube Memperkenalkan Perkhidmatan YouTube Live

YouTube Memperkenalkan Perkhidmatan YouTube Live

Diterbitkan pada Apr 9, 2011 oleh .

Setelah sekian lama menguji YouTube sebagai medium untuk siaran langsung melalui pelbagai acara oleh Google, kini secara rasminya YouTube telah pun mengumumkan pelancaran perkhidmatan terbaru mereka dipanggil YouTube Live, membolehkan para pengguna menonton siaran langsung secara atas talian dari seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, ianya masih belum digunakan untuk menyiarkan acara oleh semua pengguna, tetapi sebaliknya hanya beberapa rakan kerjasama mereka sahaja buat masa ini. Ianya mungkin tidak mengambil masa yang lama untuk mereka memperkenalkan perkhidmatan seumpama UStream ataupun Justin.TV.

Buat masa ini, para pengguna boleh melayari laman YouTube Live, untuk melihat pelbagai acara yang disiarkan secara langsung melalui web, termasuk dari segi konsert, sukan, berita dan sebagainya.


TIPS & ULASAN