Kini satu lagi fungsi baru Windows 8 diperlihatkan, dimana ianya kelak akan membawakan fungsi menyemak fail SmartScreen yang mana melaluinya ia kelak akan mengelakkan komputer anda daripada menjalankan fail-fail yang berbahaya. Fungsi ini terdapat pada Internet Explorer 9 dan juga Live Messenger 2011, dan nampaknya ianya akan dibawakan kepada Windows 8 kelak.
Nampaknya sekuriti turut sama menjadi salah satu perkara utama yang dipentingkan oleh Microsoft, dimana melalui SmartScreen ini, ianya membolehkan pelbagai virus dan malware dielak daripada diperjalankan pada komputer anda, sekaligus berfungsi sebagai salah satu perisian anti-virus.
Dengan pengintegrasian perkomputeran awan secara lebih maksima, ianya sesuatu yang penting sekali untuk mengelakkan fail-fail yang tidak diingini dimuat-turun dan dijalankan pada komputer, dan nampaknya Microsoft turut sama memberikan perhatian serius padanya.