Cari @ Amanz

Selain daripada beberapa projek besar, WebImpian juga turut sama menghabiskan masa mereka dengan beberapa projek sampingan, dan antaranya adalah LiveUpdat.es, yang baru sahaja diperkenalkan, membawakan kemaskini masa-nyata terus daripada halaman Twitter, yang memfokuskan mengenai Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10.


Antaramuka Laman LiveUpdates

Menariknya adalah dimana setiap Tweet disusun dengan kemas, selain turut memperlihatkan kemaskini semasa berkaitan berapakah tweet yang telah dihantar oleh para pengguna mengenai BN, PKR, DAP, PAS, SNAP, BEBAS, dan juga PCM.

LiveUpdates menggunakan kata kunci Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-10 ini sebagai sebuah ujian ringkas sahaja, dan akan memperkenalkan sesuatu yang lebih menarik lagi selepas pilihan raya tersebut tamat. Mungkinkah selepas ini ianya akan dipecahkan mengikut setiap kategori, memperlihatkan kemaskini semasa sukan, trafik dan sebagainya? Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd