Perkara yang dahulunya mengambil masa selama 4 bulan lebih untuk mencapai 50,000 pengguna, dan seterusnya 2 bulan lebih untuk mencapai 100,000, dan menariknya kini Groupon Malaysia hanya mengambil masa lebih daripada 10 hari sahaja untuk mencapai tambahan 50,000 pengguna lagi untuk mencecah lebih 150,000 pengguna.
Sebelum ini, Groupon Malaysia pernah mensasarkan untuk mencapai lebih 300,000 pengguna menjelang penghujung tahun ini, dan sekiranya penambahan pengguna ini berlaku dengan drastik seperti sekarang ini, angka tersebut dapat dicapai dengan lebih pantas lagi, selain berkemungkinan besar, mereka mungkin akan mencapai sehingga 500,000 pengguna menjelang penghujung tahun ini.
Sehingga kini, lebih daripada RM5 juta telah dijimatkan melalui lebih 55 ribu baucer yang dibeli melalui laman mereka.