(Ura-Ura) iPhone 4 Daripada Celcom Seawal 25 April?

(Ura-Ura) iPhone 4 Daripada Celcom Seawal 25 April?

Diterbitkan pada Apr 11, 2011 oleh .

Setelah Celcom mengumumkan secara rasminya yang mana mereka bakal mula menawarkan iPhone 4 kepada para penggunanya, kini timbul beberapa ura-ura memperkatakan yang mana Celcom akan mula menawarkannya sekitar 25 April ini, ataupun bulan Mei ini nanti.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak dapat disahkan, namun ramai pihak memperkatakan yang mana Celcom akan menawarkannya pada bulan Mei ini nanti. Namun terdapat juga yang memperkatakan Celcom akan menawarkannya bermula penghujung bulan April ini, iaitu bermula daripada 25 April ini. Buat masa ini, halaman Celcom iPhone membawakan para pengguna kehalaman Celcom Exec.

Celcom merupakan penyedia telekomunikasi tempatan ke-3 yang membawa masuk iPhone ke Malaysia selepas Maxis dan juga DiGi. Walaupun ianya kelihatan sedikit terlambat untuk menawarkan iPhone 4 di Malaysia, namun untuk generasi iPhone yang seterusnya, berkemungkinan besar kita akan dapat melihat suatu saingan yang sengit diantara para penyedia telekomunikasi tempatan ini.


TIPS & ULASAN