Carian
Carian Imej Pada Google Memperlihatkan Masa Dimuat-Naik
April 11, 2011 Aman

Ianya tidak pasti sejak bila, tetapi kini carian imej pada Google seperti memperlihatkan masa ketika bilakah imej tersebut dimuat-naik dan didapati pada web. Namun begitu, ianya hanya diperlihatkan pada gambar-gambar terkini sahaja, dan bukannya pada kesemua gambar.

Melalui gambar-gambar yang dimuat-naik pada web masing-masing, Google memperlihatkan bilangan hari sejak bilakah ianya dimuat-naik ke pelayan, sekaligus dengan mudah membolehkan ianya diketahui dari manakah asal-usulnya sesuatu gambar itu.

Ianya tidak diketahui samaada fungsi ini telah diperkenalkan lama ataupun masih sedang diuji oleh Google buat masa ini.

Komen