Cari @ Amanz

Dengan populariti AppStore, nampaknya Microsoft juga melalui Windows 8 akan mengintegrasikannya, memudahkan para pengguna untuk memasang pelbagai aplikasi dengan mudah tanpa perlu melalui pelbagai proses yang sukar seperti sebelumnya. Paparan skrin AppStore pada Windows mula kelihatan sejak hari ini, namun ianya tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Walaupun paparan skrin AppStore mula kelihatan sejak hari ini di internet, kesahihan perkara ini masih tidak dapat dipastikan lagi. Namun begitu, sebelum ini, pelbagai ura-ura berkaitan kedai aplikasi Microsoft sendiri untuk sistem operasi Windows sudah pun kedengaran.

Menurut WinRumors, berkemungkinan besar, sekiranya perkara ini benar, maka ianya mungkin pada masa yang sama akan ditawarkan kepada beberapa sistem operasi Windows sebelum ini, termasuk Windows 7.

Sehingga kini, Microsoft masih senyap akan mengenai fugsi-fungsi baru pada Windows 8. Jangkaan awal memperkatakan yang mana Microsoft akan memperkenalkan Windows 8 Beta kepada para pengguna umum seawal penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd