Carian
Celcom Biz Virtual PABX Kini Lebih Menarik Untuk Pengguna Perniagaan
April 11, 2011 Aman

Salah satu perkhidmatan daripada Celcom yang tidak diketahui ramai adalah Celcom Biz Virtual PABX. Baru-baru ini, perkhidmatan ini telah diberikan nafas baru dengan pelbagai pakej dan pelan yang serba menarik sekali, membolehkan para pemilik perniagaan menguruskan panggilan mereka dengan mudah dan murah.

Melalui Celcom Biz Virtual PABX yang serba baru, ianya membawakan beberapa perkara baru, termasuk:

  • Sokongan nombor extension tanpa had
  • Tiada lagi panggilan yang tidak dapat dijawab, dan tidak akan menunjukkan talian sibuk kepada para pemanggil.
  • Meningkatkan produktiviti, dengan sokongan ACD (Automatic Call Distribution).
  • Pada kos yang paling kurang, para pemilik perniagaan boleh menikmati pelbagai perkara menarik, dan fungsi baru dari semasa ke semasa.
  • Celcom Biz Virtual PABX merupakan salah satu perkhidmatan telefon tanpa wayar daripada Celcom yang mana menawarkan pelbagai fungsi menarik dalam menjadikan perniagaan anda lebih menarik lagi. Memandangkan talian telefon untuk sesuatu perniagaan itu amat penting, maka Celcom Biz Virtual PABX ini merupakan sesuatu yang menarik. Ianya membolehkan para pekerja anda bekerja daripada mana jua, namun pada masa yang sama diintegrasikan sepenuhnya dibawah sistem panggilan, tanpa perlu membayar sebarang duit lebih untuknya. Segala log panggilan juga boleh diakses dalam keadaan masa-nyata, selain mana anda boleh memindahkan panggilan antara extension dengan mudah.

    Para pengguna perniagaan boleh mendapatkan perkhidmatan Celcom Biz Virtual PABX ini pada harga komitmen bulanan serendah RM28, namun begitu deposit sebanyak RM1,000 diperlukan, dengan bayaran pengaktifan sebanyak RM200. Pakej yang paling murah padanya menyokong sehingga lebih 50 orang pengguna padanya.

    Advertorial Daripada Celcom

Komen