Intel Bakal Memperkenalkan Oak Trail Esok

Intel Bakal Memperkenalkan Oak Trail Esok

Diterbitkan pada Apr 11, 2011 oleh .

Dengan dunia yang kini lebih menumpukan perhatian kepada peranti mudah-alih dan tablet, kini diperkatakan yang mana Intel bakal memperkenalkan cip-pemprosesan serba baru yang mana ditujukan khas untuk tablet, yang mana direkabentuk khas untuk membawakan jangka-masa tahan bateri yang lebih lama pada peranti komputer skrin sentuh.

Produk baru daripada Intel ini dipanggil sebagai Oak Trail dan merupakan salah satu keluaran dibawah jenama Intel Atom. Menurut maklumat awal, cip pemprosesan terbaru daripada Intel ini akan bersaiz lebih 60 peratus kecil daripada cip Intel Atom pada masa sekarang ini, serta menawarkan daya tahan bateri sehingga sehari.

Ianya diperkatakan yang mana peranti yang menggunakan Oak Trail akan dapat dilihat menjelang penghujung tahun ini kelak. Sehingga kini, kebanyakkan peranti mudah-alih menggunakan cip berasaskan ARM, yang mana turut digunakan pada iPad keluaran Apple. Nampaknya berkemungkinan besar, ianya akan berubah pada tahun hadapan apabila cip keluaran Intel ini digunakan dengan lebih meluas lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN