Produksi iPhone 5 Hanya Akan Dimulakan Pada September?

Produksi iPhone 5 Hanya Akan Dimulakan Pada September?

Diterbitkan pada Apr 12, 2011 oleh .

Beberapa laporan kini memperkatakan yang mana Apple akan memulakan produksi iPhone generasi akan datang, iaitu iPhone 5 bermula pada bulan September nanti. Jikalau perkara ini benar, maka mungkin iPhone 5 tidak akan mula dijual sehingga penghujung tahun ini nanti.

Pada tahun-tahun sebelum ini, Apple memperkenalkannya pada acara tahunan WWDC, namun untuk tahun ini, ianya diperkatakan tiada sebarang peranti akan diperkenalkan, dan akan lebih tertumpu kepada pengenalan iOS 5 dan juga Mac OS X Lion. Ura-ura awal juga turut memperkatakan iPhone 5 tidak akan diperkenalkan pada bulan Jun ini.

Sekiranya semua ini benar, maka berkemungkinan besar, jualan iPhone 5 mungkin tidak akan dimulakan sehingga penghujung tahun ini, dan memperlihatkan yang mana ianya masih belum terlambat bagi Celcom menjual iPhone 4 di Malaysia.


TIPS & ULASAN