BlackBerry PlayBook Bakal Diperlihatkan Di Malaysia Jumaat Ini

BlackBerry PlayBook Bakal Diperlihatkan Di Malaysia Jumaat Ini

Diterbitkan pada Apr 12, 2011 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, Research In Motion akhirnya akan memperlihatkan tablet pertama keluaran mereka BlackBerry PlayBook di Malaysia pada hari Jumaat ini. Berkemungkinan besar, harga dan tarikh pelancarannya juga turut diumumkan pihak RIM Malaysia pada hari tersebut.

Seperti sedia maklum, BlackBerry PlayBook membawakan skrin seluasa 7-inch dengan resolusi skrin 1024×600, serta didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan 1GHz dual-core, dan RAM 1GB. Ianya juga turut sama membawakan kamera hadapan 3-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel. Sokongan mikro-HDMI turut sama didatangkan, bersama-sama dengan sokongan Adobe Flash dan juga HTML5. Ianya juga turut diperkatakan yang mana PlayBook kelak akan menyokong aplikasi Android.

Kami akan cuba membawakan pelbagai kemaskini daripada acara tersebut kelak.


TIPS & ULASAN