Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan sokongan melihat Twitter Trend mengikut kawasan pada tahun lepas, kini fungsi tersebut disokong di lebih 70 bandar baru diseluruh dunia, termasuk Kuala Lumpur di Malaysia. Perkara ini sekaligus memudahkan para pengguna tempatan mengetahui pelbagai topik hangat yang dibincangkan oleh para pengguna tempatan dengan mudah.

Untuk menukarkan lokasi kepada Kuala Lumpur, ataupun Malaysia, para pengguna hanya perlu menekan butang “Change” dibawah Trends dibahagian tepi, seterusnya memilih Malaysia dan juga Kuala Lumpur. Para pengguna juga boleh memilih pelbagai lokasi lain mengikut kesukaan mereka, sekaligus mengetahui pelbagai topik hangat yang sedang dibincangkan oleh para pengguna dari sana.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd