Cari @ Amanz

Setelah kedengaran pelbagai ura-ura sebelum ini, kini Celcom telah pun memulakan pra-pendaftaran untuk iPhone 4 daripada mereka. Buat masa ini, harga dan pakej tawaran daripada Celcom masih lagi tidak diketahui, namun ianya dijangka akan menggunakan pelan Celcom Exec padanya nanti.

Sebelum ini, ianya kedengaran ura-ura memperkatakan yang mana Celcom berkemungkinan besar akan melancarkan iPhone 4 mereka seawal 25 April ini. Namun begitu, ianya masih lagi tidak dapat disahkan sepenuhnya, selain ramai pihak memperkatakannya akan dilancarkan sekitar bulan Mei kelak.

Apple sendiri kini diperkatakan yang mana akan memulakan produksi iPhone generasi akan datang, iaitu iPhone 5 sekitar bulan September nanti. Sekiranya ianya benar, Celcom masih lagi belum terlambat dalam membawa masuk iPhone 4 ke Malaysia. Selain daripada itu, kita akan dapat melihat persaingan yang amat sihat sekali ketika pelancaran iPhone generasi berikutnya kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd