Turbo Pada Opera 11.10 Barracuda Kini Lebih Pantas

Turbo Pada Opera 11.10 Barracuda Kini Lebih Pantas

Diterbitkan pada Apr 12, 2011 oleh .

Setelah beberapa versi pembangunan diperkenalkan sebelum ini, kini Opera Software telah pun melepaskan pelayar web terkini mereka, Opera 11.10 untuk para pengguna Windows, Linux dan juga Mac. Melalui Opera 11.10 dengan nama kod Barracuda ini, Opera Software membawakan beberapa perkara baru, termasuk Opera Turbo yang lebih pantas lagi.

Dengan nama kod Barracuda sendiri ianya memperlihatkan kepantasan, dan terkini melalui Opera 11.10, pelayar web ini membawakan fungsi Turbo yang lebih pantas berbanding sebelumnya. Menurut Opera Software, melalui Turbo yang diperkemaskini ini ianya membawakan kepantasan sehingga lebih 4 kali ganda berbanding sebelumnya.

Selain daripada itu, ianya turut membawakan fungsi Speed Dial popular yang diperkemaskini, beserta dengan beberapa penambah-baikkan pada plug-in dan pelayar web itu sendiri. IMAP yang didatangkan bersama pada klien emel Opera juga turut ditambah baik, selain mana Opera 11.10 turut membawakan pengurusan tenaga yang lebih bagus lagi pada tenaga bateri berbanding sebelumnya.

Menariknya untuk para pengguna tempatan, Opera 11.10 turut sama ditawarkan dalam Bahasa Malaysia, serta lebih 50 bahasa yang lain. Para pengguna Windows, Linux dan juga Mac OS X boleh memuat-turun pelayar web Opera 11.10 Barracuda ini secara percuma dan mengalami pelbagai perkara baru yang dibawakan oleh Opera.


TIPS & ULASAN