Astro Bakal Memperlihatkan Byond IPTV

Astro Bakal Memperlihatkan Byond IPTV

Diterbitkan pada Apr 12, 2011 oleh .

Nampaknya dunia IPTV tempatan akan terus berkembang dari semasa ke semasa. Setelah TM memperkenalkan HyppTV, serta Maxis memperkenalkan perkhidmatan IPTV mereka bersama-sama dengan Maxis Home, kini Astro juga dijangka akan memperlihatkan perkhidmatan IPTV mereka tidak lama lagi.

Perkhidmatan IPTV daripada Astro ini kelak dijangka akan dipanggil sebagai Astro Byond IPTV, dan berkemungkinan besar, kebanyakkan saluran yang terdapat pada Astro mungkin turut sama akan diperkenalkan pada IPTV daripada Astro ini.

Ianya masih lagi tidak pasti bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum, namun Astro dijangka akan memperlihatkannya pada minggu hadapan. Info lanjut berkaitan dengannya akan menyusul selepas pengumuman rasmi daripada pihak Astro.


TIPS & ULASAN