Cari @ Amanz

Lanjutan daripada Astro yang bakal memperkenalkan Byond IPTV pada minggu hadapan, ianya diketahui yang mana mereka akan memperkenalkan perkhidmatan Byond IPTV mereka itu bersama-sama dengan talian jalur-lebar berkelajuan tinggi yang tersendiri dengan kerjasama bersama-sama dengan TIMEdotcom.

Astro Byond IPTV dilihat bukannya berfungsi menggunakan jalur-lebar daripada pihak ketiga, tetapi mereka sendiri akan menawarkannya (dengan kerjasama TIMEdotcom), dimana pakej paling rendah didatangkan adalah dengan kelajuan jalur-lebar sepantas 3Mbps. Perkhidmatan IPTV-nya kelak akan menggunakan jalur-lebar yang didekasikan khas untuknya, dan menariknya perkhidmatan jalur-lebar mereka akan diperkenalkan tanpa sebarang had muat-turun, atau dengan erti kata lain, tanpa sebarang kuota.

Ketika pelancarannya kelak, Byond IPTV ini hanya akan didapati di kawasan sekitar Sri Hartamas, Bangsar, Georgetown, Mont Kiara, dan Segi Tiga Emas KL. Ianya juga dijangka akan diperkenalkan dibeberapa kawasan lain dari semasa ke semasa, namun lebih ditujukan disekitar beberapa kawasan utama sahaja terlebih dahulu.

Harga untuk setiap pakej masih lagi belum diketahui, dan kami akan mendapatkannya ketika pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd