Cari @ Amanz

Sepanjang hari ini, salah satu laman web berita terkemuka di Malaysia, iaitu MalaysiaKini menghadapi masalah kesukaran untuk diakses, akibat daripada serangan DDOS yang diterimanya sejak daripada jam 11 pagi tadi. Ianya diperkatakan kesemua pelayan MalaysiaKini diserang serentak, menyebabkan kesukaran untuk diakses oleh para pembacanya.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui siapakah yang menyerang mereka, namun menurut pihak mereka, MalaysiaKini diserang melalui DDOS (denial-of-service attack) menggunakan alamat IP daripada pelbagai lokasi berbeza daripada seluruh dunia.

Dengan para pengunjung MalaysiaKini yang semakin ramai, beserta dengan serangan DDOS ini, mengakibatkan pelayan mereka tidak dapat mengendalika jumlah trafik yang sebegitu banyak, sekaligus menghadapi masalah kesukaran untuk diakses.

Selain daripada serangan pada pelayan laman utama, sistem emel mereka turut sama diserang oleh pihak berkenaan. Buat masa ini MalaysiaKini menggunakan Facebook sebagai salah satu platform untuk menulis mengenai keadaan semasa, sekaligus membolehkan kesemua pengguna mengakses berita terkini melalui Facebook MalaysiaKini secara percuma. Selain daripada Facebook, MalaysiaKini turut sama menggunakan perkhidmatan WordPress.com dalam membawakan berita terkini untuk penggunanya.

Pihak MalaysiaKini sedang mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengembalikan laman mereka seperti dahulu.

Malaysiakini down, hit by cyber attacks : http://on.fb.me/ePdvYx #mkiniOnFBless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

All Malaysiakini stories available at https://www.facebook.com/MalaysiaKini?sk=notes, fee l free to repost on blogs etc. No copyright.less than a minute ago via TweetDeck Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd