Cari @ Amanz

Nampaknya, setelah dinantikan sekian lama, Maxis bersama-sama dengan HTC Malaysia akan memperkenalkan kedua-dua peranti yang diumumkan sebelum ini, iaitu HTC Flyer dan juga HTC Desire S pada hari Jumaat ini. Pelan dan pakej untuk kedua-duanya juga turut dijangka akan diumumkan pada hari yang sama oleh Maxis.

Sebelum ini, Maxis telah membuka pendaftaran #Maxis10 untuk kedua-dua peranti tersebut, iaitu salah satu program ulasan peranti yang diperkenalkan oleh Maxis. Buat masa ini, HTC FLyer disahkan akan dilancarkan pada hari Jumaat ini, namun melalui suatu imej khas, ianya turut memperlihatkan yang mana Maxis turut sama akan memperkenalkan Desire S pada hari yang sama.


Poster HTC Flyer & Desire S [via]

Selain daripada kedua-dua peranti ini, RIM juga bakal memperkenalkan BlackBerry PlayBook pada hari yang sama di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd