Microsoft Memperkenalkan IE10 Platform Preview 1

Microsoft Memperkenalkan IE10 Platform Preview 1

Diterbitkan pada Apr 13, 2011 oleh .

Dengan setiap pembangun pelayar web menjadikan pembangunan mereka lebih pantas, kini Microsoft turut tidak ketinggalan sama, dimana hari ini mereka telah pun melepaskan Internet Explorer 10 Platform Preview kepada para pembangun, dimana boleh dimuat-turun dan diuji terlebih dahulu.

Melalui Internet Explorer 10 Platform Preview 1 ini, Microsoft membawakan fasa berikutnya dalam sokongan asli HTML5 pada pelayar web mereka. Buat masa ini, fungsi-fungsi baru masih lagi tidak diketahui, namun mungkin akan diumumkan oleh Microsoft tidak lama lagi.

Menurut Microsoft mereka baru sahaja tiga minggu sejak mulakan pembangunan Internet Explorer 10, dan masih mempunyai perjalanan yang jauh lagi. IE10 Platform Preview 1 ini diperlihatkan oleh Microsoft pada acara MIX11, dimana ianya turut sama membawakan enjin pelayar web yang baru padanya.

Tarikh akhir pelancaran Internet Explorer 10 masih lagi tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN