Cari @ Amanz

Pelayar Web Sosial Flock Ditamatkan Pembangunannya

Oleh Aman

Link Copied!

Flock salah satu pelayar web sosial popular kini telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pembangunan pelayar web mereka, sekaligus tidak lagi mengeluarkan versi baru untuknya bermula daripada 26 April kelak.

Sebelum ini, Zynga telah mengambil-alih pasukan disebalik Flock pada bulan Januari yang lepas. Berkemungkinan besar, mereka digunakan untuk tujuan yang berbeza, sekaligus menjadikan masa tidak mencukupi untuk mereka pada masa yang sama mengemaskini pelayar web sosial tersebut.

Flock sebelum ini menggunakan enjin Mozilla, sebelum beralih kepada Chromium pada tahun lepas, dan dikatakan mempunyai lebih daripada 10 juta pengguna. Flock juga mencadangkan kepada para pengguna supaya beralih menggunakan Mozilla Firefox ataupun Google Chrome sebagai gantinya. Sekiranya anda meminati pelayar web dengan pelbagai fungsi sosial, anda juga boleh menggunakan RockMelt yang masih lagi pada peringkat beta buat masa ini.


Komen ()