Cari @ Amanz

Versi Pembangunan Firefox 5 Sedia Diuji

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya kini Mozilla mengikut rapat jadual pembangunan mereka, dimana seperti mana dijanjikan, versi pembangunan Firefox 5 Aurora telah pun dilepaskan, selain pada masa yang sama pembangunan Firefox 6 turut sama telah dimulakan. Melalui saluran Aurora, Mozilla akan menjadikannya sebagai versi eksperimental sebelum versi pembangunan seterusnya dilepaskan.

Buat masa ini, pembangunannya masih lagi awal, dan tiada sebarang perubahan drastik yang terdapat padanya. Versi pembangunan ini menggunakan angka pembangunan Firefox 4.2a1pre, selain menggunakan logo Minefield pada versi pembangunannya. Salah satu perkara yang dapat dilihat adalah dimana kini ianya memperlihatkan kebolehan untuk para pengguna melanggan saluran Aurora, Beta ataupun versi stabil terus melalui kotak dialog About padanya.

Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, para pengguna dinasihatkan tidak menggunakannya sebagai pelayar web utama pada komputer, dan hanya memuat-turunnya untuk sekadar mengujinya sahaja.


Komen ()