Windows 8 Milestone 1 Mula Tersebar Di Internet

Windows 8 Milestone 1 Mula Tersebar Di Internet

Diterbitkan pada Apr 13, 2011 oleh .

Setelah beberapa paparan skrin Windows 8 tersebar di internet sebelum ini, kini, salah satu versi pembangunan Windows 8, iaitu Windows 8 Build 7850 mula tersebar di beberapa laman torrent terkemuka, membolehkan para pengguna yang berminat untuk melihat beberapa fungsi baru yang didatangkan bersama-sama Windows 8 kelak.


Paparan Skrin Desktop Windows 8 Milestone 1 [via]

Namun begitu, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan masih tiada sebarang perubahan drastik berbanding Windows 7. Versi pembangunan yang tersebar adalah Windows 8 Milestone 1 yang mana telah dihimpunkan pada September tahun lepas. Buat masa ini, Microsoft telah pun memulakan pembangunan Windows 8 Milestone 3 yang mana dijangka versi pembangunan terakhir sebelum mereka memperkenalkan Windows 8 Beta tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN